"dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambah kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya, nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan kalimat-kalimat Allah. Sungguh, Allah MahaPerkasa, MahaBijaksana."
| 31:27
ini apresiasi saya buat Tuhan saya.
alhamdulillah. saya bersyukur dengan seinfiniti kesyukuran atas segala nikmat ilmu yang Dia berikan. bertambah-tambah syukur apabila nikmat-nikmat tersebut membuatkan kita semua terus tunduk padanya. bahkan matlamat kita terlalu besar untuk melihat seluruh 'alam kembali tunduk padaNya. melihat gahnya kejayaan islam menjadi "ustaz" kepada seluruh 'alam. yeah, ustaziatul'alam!
saya pelajar jurusan agama, dalam akademi fiqh fatwa. anda?
saya budak sains, alaa..belajar ilmu sekular je pun.
ohoo. sekular? shift your mindset! bukankah semua ilmu adalah milik Allah? persoalan akarnya, bagaimana dan kemana kita membawa ilmu yang kita dapat. sungguh, ilmu Allah itu terlalu luas! heh, kreatif la sikit beb dalam memanipulasikan ilmu-ilmu tersebut!
"..jangan mensekularkan apa yang kita tahu. kocak gaulkan apa yang dipelajari"
| pesan seorang rakan jauh saya
"hujung akal pangkal agama"
| wordwise pak hamka
mendalami rata-rata ilmu untuk mencari Allah yang nyata.
maka, di sinilah permulaan kita; mencari kefahaman supaya tugas kita yang seterusnya pula ialah membina manusia dengan kefahaman. dan kefahaman tersebut sudah tentulah kefahaman yang sebenar tentang islam.
kawan, formulanya mudah;
premis I : kita menuntut ilmu untuk mencari kefahaman tentang islam.
premis II : manusia yang menuntut ilmu untuk mencari kefahaman
tentang islam, akan berasa puas kerana dapat mengenal Allah.
Konklusi : kita akan berasa puas kerana dapat mengenal Allah.
orait beb,
teruskan bersyukur. terus istiqamah tunduk padaNya.
* * * * * * *
saya sudah keluar daripada "kesibukan" minggu-minggu peperiksaan. mohon doakan yang terbaik untuk saya. lega? alhamdulillah, sudah tentu. namun, tidak bermakna saya akan bercuti dan berehat. misi-misi seterusnya sedang menanti.
next mission;
- program recharge bersama sahabat-sahabat binaan.
- hadamkan seerah nabawiyyah tulisan raheeq makhtum dalam masa dua bulan.
(tercabar dengan cabaran ustaz salam pada senior-senior tarbiyah yang lain.
maka, saya mencabar diri saya sendiri!)
ada siapa-siapa yang mahu berlibur bersama saya?