Sunday, May 30, 2010


"bismillah.."
seperti rutinnya. lalu muhammad menyuapkan beberapa
biji anggur tersebut ke mulutnya.

adas kehairanan. baginya perkataan tersebut terlalu asing
di kalangan penduduk sekitar kampung itu.

"saudara berasal dari mana?"
muhammad menggunakan ruang dan peluang yang ada.

"saya sebenarnya beragama nasrani dan berasal dari
sebuah kampung di Al Musil, iaitu Ninawa."
respon adas kembali.

"oh, kalau begitu tentu sekali kamu sekampung dengan 
yunus bin Matta, benar?"
muhammad mahukan kepastian.
mencari titik persamaan mungkin!

adas bertambah hairan.
"err, gmana tuan hamba boleh mengenalinya?"

dengan tenang, muhammad menjawab;
"yunus seorang nabi, begitu juga aku. yunus adalah saudaraku"

lantas, tanpa membuang masa adas mengisyhtiharkan keislamannya
di hadapan muhammad.
"tiada tuhan selain Allah, dan muhammad itu pesuruh Allah.."



* * * * * * * * *

mahu belajar skill ta'aruf dengan manusia-manusia baru yang kalian lasso?

point pertama;
# CARI TITIK PERSAMAAN





Posted by : H A J A R at 1:56 AM
Categories: store of , ,

5 comment[s]  

Saturday, May 15, 2010


kamu si budak dagang V,


saya tahu, kamu penat. letih.
tapi saya tahu, Allah lebih tahu keadaan kamu.

saya tahu, kamu sering terkejar-kejar dengan segala urusan. sibuk dengan urusan da'wah.
tapi saya tahu, Allah lebih tahu keadaan kamu.

saya tahu, kamu sering kesempitan wang dan ruang waktu.
tapi saya tahu, Allah lebih tahu keadaan kamu.

saya tahu, kamu kadang-kadang berseorangan bila semua manusia memandang kamu pelik.
tapi saya tahu, Allah lebih tahu keadaan kamu.

saya tahu, kamu kerap menangis bila melihat rata-rata manusia ingkar.
tapi saya tahu, Allah lebih tahu keadaan kamu.



kamu si budak dagang V,


jangan pernah mengeluh, ok?

sebab, bukan hanya kamu seorang sahaja yang merasai begitu. JALAN ini panjang dan berterusan. maka, orang-orang sebelum dan sesudah kamu juga merasai perkara yang sama. bahkan, lebih dahsyat lagi apa yang mereka alami.


"..Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran).."

 3:140


janji ya, kamu tidak sekali-kali mengeluh?



kamu si budak dagang V,


sebenarnya saya mahu share sesuatu dengan kamu. hadiah yang sangat bernilai. ye, dengan kamulah. tapi kamu kena janji. bukan janji dengan saya, tapi janji dengan Allah yang kamu akan terus tsabat di atas JALAN ini. boleh?



ya Allah,
Engkau adalah tuhanku.
tidak ada tuhan selain Engkau;
yang menciptaku dan aku hambaMu,
dan aku berada dalam perjanjian denganMu,
ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan segala kemampuanku);



ok, ini hadiah untuk kamu:

"bangunlah (untuk solat) pada malam hari.."
73:2

ingat tau! hadiah ini bukan daripada saya tetapi totally daripada Allah. maaflah, saya tak tahu apa yang terbaik untuk kamu. tapi saya tahu, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kamu.


kita share sama-sama hadiah ini ya? kita buat sama-sama. lama-lama kalau kita selalu buat Dia akan "kenal" suara kita. bestnya! apabila kita dah "kuat", mesti semua urusan kita di atas JALAN ini jadi lebih mudahkan? tapi, jangan lupa tau, kalau dah "kuat" kenalah teruskan "tugas" kita. malah, kena lebih bersungguh-sungguh;


"bangunlah, lalu berilah peringatan!"
74:2

sungguh, "perkataan" yang saya dan kamu pikul ini sangat berat. dan, nah! inilah bekalan yang Dia sediakan untuk saya dan kamu supaya terus kuat sepanjang keberadaan kita di atas JALAN ini.



kamu si budak dagang V,


kamu tahu? saya sayang pada kamu yang menemani saya di atas JALAN ini. tapi saya tahu, Allah lebih mencintai manusia-manusia seperti kamu melebihi sayang saya kepada kamu.

pesan murabbiah saya;
"tanda seseorang itu soleh adalah dengan menzahirkan ayat 73:2"

oklah kamu, moga kita semua terus tsabat.
pesan syed qutb pula;
"tsabat huwa nnasr (tetap teguh itu kemenangan)"


selamat, selamat, selamat tsabat!




 

Posted by : H A J A R at 12:59 AM
Categories: store of

4 comment[s]  

Saturday, May 8, 2010




"dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta, ditambah kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya, nescaya tidak akan habis-habisnya dituliskan kalimat-kalimat Allah. Sungguh, Allah MahaPerkasa, MahaBijaksana."



| 31:27

ini apresiasi saya buat Tuhan saya.

alhamdulillah. saya bersyukur dengan seinfiniti kesyukuran atas segala nikmat ilmu yang Dia berikan. bertambah-tambah syukur apabila nikmat-nikmat tersebut membuatkan kita semua terus tunduk padanya. bahkan matlamat kita terlalu besar untuk melihat seluruh 'alam kembali tunduk padaNya. melihat gahnya kejayaan islam menjadi "ustaz" kepada seluruh 'alam. yeah, ustaziatul'alam!


saya pelajar jurusan agama, dalam akademi fiqh fatwa. anda?
saya budak sains, alaa..belajar ilmu sekular je pun.


ohoo. sekular? shift your mindset! bukankah semua ilmu adalah milik Allah? persoalan akarnya, bagaimana dan kemana kita membawa ilmu yang kita dapat. sungguh, ilmu Allah itu terlalu luas! heh, kreatif la sikit beb dalam memanipulasikan ilmu-ilmu tersebut!


"..jangan mensekularkan apa yang kita tahu. kocak gaulkan apa yang dipelajari"

| pesan seorang rakan jauh saya


"hujung akal pangkal agama"

| wordwise pak hamka


mendalami rata-rata ilmu untuk mencari Allah yang nyata.

maka, di sinilah permulaan kita; mencari kefahaman supaya tugas kita yang seterusnya pula ialah membina manusia dengan kefahaman. dan kefahaman tersebut sudah tentulah kefahaman yang sebenar tentang islam.


kawan, formulanya mudah;

premis I : kita menuntut ilmu untuk mencari kefahaman tentang islam.
premis II : manusia yang menuntut ilmu untuk mencari kefahaman
tentang islam, akan berasa puas kerana dapat mengenal Allah.

Konklusi : kita akan berasa puas kerana dapat mengenal Allah.

orait beb,

teruskan bersyukur. terus istiqamah tunduk padaNya.



* * * * * * *
saya sudah keluar daripada "kesibukan" minggu-minggu peperiksaan. mohon doakan yang terbaik untuk saya. lega? alhamdulillah, sudah tentu. namun, tidak bermakna saya akan bercuti dan berehat. misi-misi seterusnya sedang menanti.


next mission;

- program recharge bersama sahabat-sahabat binaan.
- hadamkan seerah nabawiyyah tulisan raheeq makhtum dalam masa dua bulan.
(tercabar dengan cabaran ustaz salam pada senior-senior tarbiyah yang lain.
maka, saya mencabar diri saya sendiri!)



ada siapa-siapa yang mahu berlibur bersama saya?












Posted by : H A J A R at 12:51 AM
Categories: store of ,

4 comment[s]  

Wednesday, May 5, 2010





.budak dagang I

dan kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu berkata,
"tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru tuhan selain Dia..."

pemuda gua | 18:14




.budak dagang II

engkau gantungkan aku pada sebatang tiang di hadapan khalayak ramai,
tetapi ingat, sebelum dilepaskan anak panah ini padaku, engkau bacalah: 
"bismillahi Rabbil ghulaam.."
hanya dengan cara itu saja engkau dapat membunuh aku.

si ghulam  | HR ahmad, muslim dan annasa'i


 

.budak dagang III

"..inilah Jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu
kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah aku tidak termasuk orang-orang musyrik"

muhammad b. abdullah | 12:108




.budak dagang IV

"saya sering dihina pemain bola sepak lain kerana saya seorang muslim"

 bro frederic kanoute | pemain bola sepak kelab sevilla




.budak dagang V

hmm..

aku?

kau?


 


islam is now estranged . estranged from its former existence . for indeed we are strangers



kau dan aku adalah satu tak kira apa~

Posted by : H A J A R at 3:19 AM
Categories: store of ,

4 comment[s]  

Sunday, May 2, 2010


When I was just a little girl



I asked my mother what will I be


Will I be pretty will I be rich


Here's what she said to me






Que Sera Sera


Whatever will be will be


The future's not ours to see


Que Sera Sera


What will be will be






When I grew up and fell in love


I asked my sweetheart what lies ahead


Will we have rainbows day after day


Here's what my sweetheart said






Que Sera Sera


Whatever will be will be


The future's not ours to see


Que Sera Sera


What will be will be






Now I have children of my own


They ask their mother what will I be


Will I be handsome will I be rich


I tell them tenderly






Que Sera Sera


Whatever will be will be


The future's not ours to see


Que Sera Sera


What will be will be


Que Sera Sera




pernah kalian "belajar" menyanyikan lagu kanak-kanak di atas? maksud saya; ketika zaman kanak-kanak kalian la. jujur, saya tak pernah. tadi, atas caturan Allah teman baik saya dari jordan sempat "mengajar" saya tentang lagu tersebut. Eh, bukanlah maksud saya dia mengajar saya cara-cara gmana melontarkan vokalnya, menjaga pitchingnya, dan menyanyi mengikut rentak melodinya. oh, tidak! yang cuma dia ajar adalah tentang lagu itu sendiri plus dia bukanlah seorang penyanyi, heh! saya tak pasti siapa "komposer" lagu tersebut, cuma yang jelas pasti, kedapatan unsur-unsur tauhidic mindset dalam lirik lagu tersebut. 

huh?!


past, present, future; semuanya dalam caturan Allah. yeap, dalam keadaan apa sekalipun. ingat tu beb!

Posted by : H A J A R at 1:24 AM
Categories: store of

2 comment[s]  

Saturday, May 1, 2010




wahai muslimin yang mempunyai mata


tidakkah kamu melihat anak-anak kecil itu


tidak tahu apa-apa tentang dirinya sendiri


telinganya tidak mengerti maksud lagu yang diperdengarkan kepadanya


dia hanya bisa merengek dan meronta-ronta


alam ini menolong manusia untuk melihat segala sesuatu


tetapi mereka tidak dapat melihat dirinya sendiri


setelah bersusah payah menarik tali, barulah nyata kepadanya


setelah kedua tangannya membuka ikatan


lalu matanya melihat dirinya terpekik


sambil menepuk dada dan dia berkata:



"INILAH AKU!"


[credit to: almuntalaq.langkah bermula]



hey, "kamu". langkah ini sudah bermula!

Posted by : H A J A R at 10:07 PM
Categories: store of

0 comment[s]  

Related Posts with Thumbnails
 
>