Tuesday, October 12, 2010


Yahoo Messenger! bertanyakan kepada saya;
“What are you doing?”
Saya jawablah;
“susun batubata”




Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.- otai IM


biarlah suatu hari nanti bangunan usang yang hampir roboh itu kembali terbina. lalu, kita ajak mereka yang mahukan teduhan supaya tinggal bersama kita. supaya kita boleh kembali memenuhi ruang-ruang bangunan tersebut yang sebelum ini kian kosong. supaya kita bisa menghiasi bangunan tersebut dengan warnawarni tarbiyah.

...biarlah kita yang menyusun kembali batubata ini.
...biarlah kita yang terus menyambung kerja-kerja ini.

kerana kita sangat yakin bahawa suatu hari nanti bangunan usang yang hampir roboh itu akan kembali tersergam indah. terbina membangun. bukan lagi usang. dan kita akan sama-sama mendengar derapan-derapan tapak kaki melangkah memasuki bangunan  tersebut. yeah, berbondong-bondong!

dan ketika itu...
kita akan tersenyum puas!


beb,
yakinilah.



Tiba-tiba kawan saya merespon;
“eh, ko nak buat rumah ke??”



Posted by : H A J A R at 10:16 PM
Categories: store of ,

 

2 comment[s]:

Ibtihaj said...

Teruskan langkahmu!Siirii 'ala barokatiLah! :)

Minda Muslim said...

Amrullah....

Kejayaan menanti nun di sana....
Ayuhlah terus bergerak...

Related Posts with Thumbnails
 
>