Friday, October 29, 2010




budak financial math:
kalkulator saintifik dari beg "usrah"nya dikeluarkan.
dia start mengira.


budak chemistry:
dia pun sibuk nak mengira sama. 
yelah, dia pun budak sains juga! 


budak syariah undang-undang [i]:
 heh, dia pun seakan cuba mahu mengira sama.
faham-fahamlah bila budak syariah undang-undang mengira.


budak syariah undang-undang [ii]:
kening dan mata kerut-kerut.
dia cuba fahamkan juga kaedah kiraan itu.


budak sunnah pengurusan:
blur~ [sebab nombor kot]
tapi cuba-cuba juga untuk merespon.


budak fiqh fatwa [i]:
mengira dalam hati.
sambil tersengih-sengih.


budak fiqh fatwa [ii]:
muka serius "tak boleh bla"!


* * * * * * * * * * * 

..berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?
..kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari,
maka, tanyakanlah kepada mereka yang menghitung
 ..kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja jika kamu benar-benar mengetahui

[23:112-114]

* * * * * * * * * *

seketika cuma.
tut...tut..











Posted by : H A J A R at 3:24 AM
Categories: store of

 

11 comment[s]:

cahayalembut said...

hahaha, terkena seyh! btw, dah dapat dah jawapan untuk kiraan tu~

63tahun bahagi 1000tahun sama dengan 0.063.
0.063 darab 24 jam sama dengan 1.5.

kesimpulan, dengan anggaran umur 63 tahun, manusia hanya hidup 1jam lebih di sisi Allah~

H A J A R said...

wow!

budak sunnah pengurusan dh start mengira! HEH..

sekejap je kn?
hmmm..~

berjalantanpahenti said...

wow...mantap akak spm kte sorg ni;)Hehe

Khazinatul_Asrar said...

nak wow jugak boleh?
haha blurr, korg kira apa?
rinduuu :((

H A J A R said...

boleh kakak, sila lah wow!

tu, yang budak sunnah pengurusan kira n bagi jawapan tu la yg kami kira. asah skill mengira.

kakak,
act, kouta tak memenuhi dalam skrip ni sbb "budak akaun" enggak ada. kalau la si budak akaun tu ada, reaksi dia macam ni;

budak akaun:
senyum2 ayu+sengih sikit2 smbil menanti jawapan, then mata sempat menjeling2 kt budak fiqh fatwa [ii]..

ok tak?
HEH.

btw, jom penuhi tabung amalan!
ting..ting..ting

Ibtihaj said...

Masya Allah! Creative thinking! Barokallu fiiki ya Ukhti! :)

H A J A R said...

Pn.ibtihaj,,

wa iyyaki=)

akupalestina said...

wow! dahsyat betul, pegi usrah bawak kalkulator..huhu..maju2..


best point--->SEKETIKA.

Anonymous said...

x faham... kenape 63 tahun nak kene bahagi 100 tahun?

jelaskan lagi blh x?

H A J A R said...

Anonymous:


bukan 100, tapi 1000

nah,

"Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu"[22:47]

[i'm unays] said...

salam3alaik,

umur ana skrg 23 thn, kalau di kra2 umur ana di sisi Allah cuma 5 minit lebih je. Allahuakbar, mmg sekejap.

by da way sis Hajar, jazakillah 4 this sharing. wut da worth post! terkesan habiss! TT_TT



akhukum fillah,

i'm unays.
3rd year of medical school,
cork, Ireland.

Related Posts with Thumbnails
 
>