Showing posts with label pencil. Show all posts
Showing posts with label pencil. Show all posts

Thursday, November 18, 2010




lembah itu sunyi dari kelompok manusiawi. yang kedengaran hanya
tiupan angin panas bergeser dengan butir-butir pasir. dan yang wujud
hanya dua sosok tubuh kesatriya; haajar dan si anak. mereka ditinggalkan.
itu bukan pilihan mereka, tetapi mereka dipilih untuk itu. lalu mereka
akur dengan pilihan tuhan.


haajar optimis.
pada keyakinannya kelak lembah kontang itu tidak akan lagi sebegitu.


si anak ternyata bukan si anak yatim dan haajar pula tegar melalui
hari-hari tanpa teman di jiwa. namun, dari sisi lain, tercatat hikmah
teragung dalam nilaian tarbiyah tuhan.


saat sekembalinya sang suami kepangkuan haajar dengan menuntut
si anak untuk dikorbankan, haajar sekali lagi berlaku optimis dan akur.
baginya tarbiyah tuhan mendahului segala-galanya. dan tarbiyah
haajar menjadikan si anak pemuda rabbaniyyah yang menurut kata
tuhan walau dia tahu kerinduannya belum cukup terubat juga jiwanya
belum terisi penuh dengan kasih sang ayah.




dan,
sungguh, itu yang sekian lama dirasainya haajar.






haajar,
khamis, 12dzulhijjah1431H
innal hamda Wan nni' mata,
laka walmulk Laa sharika lak




Posted by : H A J A R at 10:45 PM
Categories: store of

3 comment[s]  

Tuesday, July 13, 2010



usai ma'thurat kubra. dunia mergastua kembali
bernyawa. angin fajar malu-malu untuk berhembusan.
namun kedinginannya menggigit. si cengkerik masih leka
bernyanyian mengikut irama alam buana. 
huh, sumbang dan membingit! namun, itulah seni namanya.


ayyash, pemuda yang mengepalai ekspedisi mendaki gunung
kahfi kali ini tegas bersuara. lagaknya tak ubah persis
sang komander yang memberi arahan keras kepada
anak buahnya. gayanya "macho" versi pemuda tarbiyah.
yang mendengar berdiam, tanda taat.


"ya ikhwah fillah, insyaAllah, sebelum kita semua
memulakan ekspedisi menawan gunung kahfi kali ini,
sekali lagi ana ingin mengingatkan; kurangkan
bebanan beg antum. cukup sekadar membawa
barangan keperluan dan tinggalkan barang yang tidak
diperlukan. semoga perjalanan kita lebih mudah
dan cepat sampai ke puncak kahfi. robbuna yusahhil.."



* * * * * * * * * * *


JOM bersama saya sertai ekspedisi menawan puncak ustaziatul 'alam; puncak teragung!!


antara tips pendakian;
# KIKIS KARAT-KARAT JAHILIYAH DALAM DIRI-
supaya tak "memberat" dan "membeban" ketika pendakian
supaya sampai ke puncak dengan jayanya 


"kalau sekiranya kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka,
nescaya binasalah langit dan bumi dan siapa-siapa yang berada di dalamnya"
| 23:71







beb,
pendakian ini bukan sekadar pendakian picisan-







Posted by : H A J A R at 7:27 PM
Categories: store of , ,

0 comment[s]  

Sunday, May 30, 2010


"bismillah.."
seperti rutinnya. lalu muhammad menyuapkan beberapa
biji anggur tersebut ke mulutnya.

adas kehairanan. baginya perkataan tersebut terlalu asing
di kalangan penduduk sekitar kampung itu.

"saudara berasal dari mana?"
muhammad menggunakan ruang dan peluang yang ada.

"saya sebenarnya beragama nasrani dan berasal dari
sebuah kampung di Al Musil, iaitu Ninawa."
respon adas kembali.

"oh, kalau begitu tentu sekali kamu sekampung dengan 
yunus bin Matta, benar?"
muhammad mahukan kepastian.
mencari titik persamaan mungkin!

adas bertambah hairan.
"err, gmana tuan hamba boleh mengenalinya?"

dengan tenang, muhammad menjawab;
"yunus seorang nabi, begitu juga aku. yunus adalah saudaraku"

lantas, tanpa membuang masa adas mengisyhtiharkan keislamannya
di hadapan muhammad.
"tiada tuhan selain Allah, dan muhammad itu pesuruh Allah.."



* * * * * * * * *

mahu belajar skill ta'aruf dengan manusia-manusia baru yang kalian lasso?

point pertama;
# CARI TITIK PERSAMAAN





Posted by : H A J A R at 1:56 AM
Categories: store of , ,

5 comment[s]  

Related Posts with Thumbnails
 
>